Friday, 17 April 2015

Tahniah Atas Kenaikan Pangkat

Kami warga PKG Cheng ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada En. Zaidi bin Jaafar di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Unit Pusat Sumber Sekolah BTPN ( KU PSP ) yang baru berkuatkuasa mulai 16 April 2015. En. Zaidi bin Jaafar menggantikan En. Kamarul bin Anuar yang berpindah ke Unit Kewangan BTPN.

Semoga Tuan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang dan kami doakan semoga perpindahan ini Tuan dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna dalam  kerjaya sebagai penjawat awam.. Tahniah dan kami akan sentiasa mengingati segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada kami dan khususnya dalam  menaikkan taraf  Pusat Kegiatan Guru Cheng dalam mempertingkatkan Pembestarian sekolah dan Pusat Sumber Sekolah.

Selamat Datang Pn. Paizah binti Mohd. Yusof

Kami warga PKG Cheng mengucapkan selamat datang kepada Pn. Faizah binti Mohd. Yusof yang akan menjalankan tugas di PKG Cheng sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan ( DGA32 ) di Pusat Kegiatan Guru Cheng mulai 16 April 2015. 

Friday, 3 April 2015

Bengkel ZPD MBMMBI

30 Mac 2015 yang lalu, telah diadakan Bengkel ZPD ( Zon Perkembangan Proksimal ) untuk Guru Panitia Bahasa Inggeris Tahun 5. Bengkel ini adalah gabungan sekolah ahli PKG Cheng dan PKG Batu Berendam. Seramai 29 guru telah hadir untuk menjayakan bengkel ini. Bengkel ini telah diketuai oleh Pegawai dari BTPN iaitu En. Majid bin Ibrahim. Antara intipati bengkel ini adalah taklimat berkaitan bahan digital MBMMBI Year 5 and  Year 6 dan cara-cara menggunakan CD tersebut.  Guru-guru ini juga perlu membuat power point berkaitan CD MBMMBI.

Friday, 13 March 2015

Mesyuarat GPB dan GPICT

9 Mac 2015 : PKG Cheng telah mengadakan mesyuarat GPB dan GPICT pada hari Isnin yang lalu. Seramai 17 guru yang menghadiri mesyuarat ini. Antara isu yang dibentangkan adalah berkaitan speedtest sekolah, penyelenggaraan ICT, penerimaan Netbook 1 Malaysia dan lain-lain isu. Mesyuarat ini dibentangkan oleh Ketua PKG Cheng En. Zaidi bin Jaafar.

Monday, 9 March 2015

Khidmat bantu Networking SMK Malim

Pada 3, 4 dan 5 Mac 2015 yang lalu, Pasukan Juruteknik sekolah ahli PKG Cheng berkumpul di SMK Malim untuk menjalankan tugas membuat networking di sekolah tersebut. Seramai 15 Juruteknik Komputer terlibat. Pada hari pertama, pasukan ini menarik kabel dari Pusat Sumber ke Bilik Pendidikan Khas dan dari Bilik Pendidikan Khas ke Bengkel Kemahiran Hidup. Pada hari kedua pula, mereka membuat networking di Pusat Sumber ke Bengkel Sains dengan membuat 1 port network di Pusat Sumber. Selain itu, 1 switch telah dipasang di Pusat Sumber. 4 buah modem telah dikonfigurasi semula dan diletakkan semula pada kedudukan yang sesuai. Pada hari ketiga, pasukan ini membuat pengujian pada semua rangkaian yang telah dipasang dan memastikan kesemua rangkaian berfungsi dengan baik. 

Monday, 23 February 2015

Pemantauan Verifikasi Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah

Pada 18 Februari lalu, PKG Cheng telah membuat pemantauan ke atas sekolah yang telah membuat laporan berkaitan kerosakan peralatan ICT sekolah. Sekolah yang terlibat adalah SK Paya Rumput, SK Bertam Hulu, SJKC Bertam Hulu dan SK Kerubong. Ia bertujuan untuk mengenalpasti peralatan tersebut benar-benar rosak atau tidak dan mendapatkan status penyenggaraan, samaada telah disenggara atau belum.

Thursday, 5 February 2015

Penerimaan Netbook 1 Malaysia di SJKC Lih Jen

28 Januari 2015 : Pihak vendor dari Digital hotspot Sdn. Bhd. telah menghantar bekalan Netbook 1 Malaysia kepada SJKC Lih Jen sebanyak 41 buah. Pegawai dari BTPN iaitu Hj. Khalid bin Ahmad turut serta dalam penerimaan ini. Guru dan Juruteknik Komputer yang terlibat telah diberikan penerangan cara-cara untuk mengaktifkan window dan tagging pada Netbook 1 Malaysia tersebut.

Taklimat MBMMBI

Pada 27 Januari 2015 yang lalu, PKG Cheng telah mengadakan Taklimat MBMMBI kepada guru Panitia BI sekolah rendah dan Guru Panitia BM da BI sekolah menengah. Ia adalah bertujuan untuk penyerahan CD MBMMBI terbaru yang dibekalkan oleh KPM. Guru-Guru ini telah diberi taklimat cara-cara bagaimana untuk menggunakan cd tersebut. Selain itu, mereka membuat ujilari pada cd yang telah dibekalkan. SAP juga diserahkan pada hari tersebut untuk memudahkan penghantaran ke BTPN.

Monday, 19 January 2015

Status Komputer Di Pra Sekolah dan Pejabat

Perhatian kepada semua Juruteknik Komputer sekolah ahli PKG Cheng, sila download fail di bawah, kemaskini dan hantar semula ke emel PKG Cheng selewat-lewatnya 21 Januari 2015.

Kejasama anda amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

- Untuk komputer yang mempunyai DHM sahaja (komputer kerajaan)
- P & T merujuk kepada Pejabat dan Tadbir.
- emel PKG Cheng ( pkgcheng@gmail.com )

Data Inisiatif ICT PKG Cheng.xlsx - 10 KB

Thursday, 8 January 2015

Pelaksanaan Speedtest 1BestariNet Sekolah Negeri Melaka

Pihak Programme Management Office (PMO-ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab untuk mengurus dan memantau prestasi capaian perkhidmatan 1Bestarinet di semua sekolah yang telah dibekalkan dengan perkhidmatan tersebut.

Tujuan pelaksanaan speedtest tersebut adalah untuk;

  1. Memantau prestasi capaian internet 1Bestarinet iaitu 4Mbps dan ke atas di sekolah-sekolah selaras dengan pematuhan kepada terma-terma perjanjian.
  2. Mengukur pencapaian Petunjuk Prestasi Utama KPM.
Sehubungan dengan itu, Juruteknik Komputer/Guru Penyelaras Bestari ICT sekolah dipohon untuk melaksanakan proses speedtest tersebut setiap hari sesi persekolahan bermula 12 Januari 2015. Laporan lengkap hendaklah menggunakan format seperti Lampiran A dan disimpan di Fail 'speedtest' di sekolah masing-masing.

Sila laksanakan speedtest di laman http://www.speedtest.net/

Diminta mengisi laporan speedtest setiap hari di borang di bawah untuk pihak PKG mengumpul dan menyelaras laporan semua sekolah ahli sebelum jam 4.00 petang setiap hari.

Thursday, 11 December 2014

Pemantauan Penyelenggaraan ICT 2014

Bengkel Frog VLE Subjek Sejarah

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber PKG

Pada 12, 13 dan 14 November 2014 yang lalu, PKG Cheng telah mengajurkan sebuah program khidmat bantu untuk Kerani Rintis yang bertempat di Pusat Sumber Pusat Kegiatan Guru. Seramai 22 peserta terlibat termasuk staf PKG. Intipati khidmat bantu tersebut adalah mereka belajar cara-cara memproses buku, membuat rujukan, membuat slip kerja. Selain itu, mereka juga membuat susun atur CDRI, membuat kecerian dan susun atur di Bilik Sumber Maklumat PKG. Turut hadir adalah Pegawai dari BTPN iaitu Hj, Khalib bin Takim dan En. Abu Salihan. 

Tuesday, 21 October 2014

Khidmat Bantu Networking SK Gangsa

15,16 dan 17 Oktober 2014 : Selepas SK Gangsa, Pasukan Khidmat bantu PKG Cheng bergerak ke SK Gangsa pula untuk tujuan yang sama iaitu membuat rangkaian di Pejabat, Pusat Sumber, Pendidikan Khas, Bilik Guru dan Bilik Pemulihan. Di pejabat, 9 point network telah dipasang, di Bilik Pemulihan pula, 1 point network telah dipasang. 4 biji Akses point telah dikonfigurasikan dan diletakkan pada kesemua tempat yang dicadangkan. Setelah dipasang, kesemua point network dan akses point tersebut diuji terlebih dahulu. Selain dari memasang network, pasukan ini juga telah membuat penyelenggaraan komputer pada komputer yang bermasalah di pejabat, bilik guru, dan bilik sains.

Khidmat Bantu Networking SK Malim

           Pada 20, 21 dan 22 Ogos 2014 yang lalu, PKG Cheng telah menganjurkan satu khidmat bantu rangkaian di SK Malim. Seramai 18 orang juruteknik komputer sekolah ahli PKG Cheng termasuk juruteknik PKG, dan pegawai dari PKG Cheng telah terlibat dalam menjayakan khidmat bantu rangkaian ini. Sebanyak 8 port network telah dipasang di pejabat untuk membolehkan semua pentadbir dan kerani mendapat capaian internet secara LAN. Di makmal komputer pula, kesemua komputer telah direformat semula dan kesemua rangkaian komputer di dalam makmal telah dibaik pulih dengan menggantikan patchkod sediada kepada yang baru dan check switch yang disambungkan pada semua komputer. Selain daripada itu, rangkaian di Pusat Sumber juga telah dibaik pulih dengan meletakkan 1 akses point disitu. Turut diletakkn akses point adalah di Pra Sekolah dan Pendidikan Khas yang ditarik dari Makmal Komputer. Khidmat bantu ini berjaya membolehkan keseluruhan sekolah mendapat rangkaian internet menggunakan WIFI dan LAN untuk Pejabat dan Makmal Komputer. Majlis penutup diadakan pada petang Jumaat dan dirasmikan oleh KPP BTPN Melaka iaitu Hj. Amir bin Basar.

Wednesday, 10 September 2014

Data Peralatan ICT 2014 Sekolah Ahli PKG Cheng

Kepada semua juruteknik komputer sekolah Ahli PKG Cheng, sila kemaskini data ICT sekolah anda pada link ini. Sila lengkapkan data ini sebelum hari Khamis iaitu 11 September 2014. Data ini akan dipantau oleh Unit ICT BTPN Melaka.

Mesyuarat Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Cheng

Pada 14 Ogos 2014 yang lalu, PKG Cheng telah menganjurkan satu mesyuarat bersama Juruteknik Komputer PKG Cheng untuk pertama kalinya. Intipati yang terdapat dalam mesyuarat tersebut adalah sesi pengenalan kesemua Juruteknik Komputer baru, Pengenalan kepada VLE Frog dan sedikit perbincangan berkaitan Program Khidmat Bantu yang akan dijalankan di SK Malim. En. Najib GPK dari SK Malim turut hadir untuk mengikuti sesi perbincangan Program Khidmat Bantu tersebut. Mesyuarat ini telah diketuai oleh En. Zaidi bin Jaafar, Ketua PKG Cheng.