Penyebaran maklumat secara pantas melalui laman web dan blog telah
menjadi trend masakini. Sehubungan itu, BTPN Melaka telah mengambil
inisiatif mengelolakan satu perbengkelan khas membina laman blog
untuk semua Pusat Kegiatan Guru (PKG) Negeri Melaka.Seramai
16 orang Juruteknik Komputer PKG telah menyertai bengkel
tersebut yang diadakan di Makmal Pengkomputeran PKG Cheng pada
9hb dan 10hb Disember 2010.