1 BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Antara komponen penting dalam perkhidmatan ini adalah:-
- Capaian jalur lebar yang lebih tinggi.
- Perkhidmatan hosting terurus.
- Perkhidmatan keselamatan terurus.
- Persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Enviroment - VLE )
- Penyelenggaraan VLE
- Pewujudan Programme Management Office - PMO