Monday, 25 November 2013

Khidmat Bantu Perdana SMK Paya Rumput

Kali ini, pasukan Juruteknik Komputer PKG Cheng bergerak ke SMK Paya Rumput untuk melakukan khidmat bantu network dan dibantu oleh beberapa juruteknik PKG Melaka Tengah. Turut serta adalah 3 orang pegawai dari PKG dan BTPN Melaka dan guru ICT sekolah tersebut. Khidmat bantu ini berjalan selama 3 hari berturut-turut bermula dari 21 November 2013 hingga 23 November 2013.

Ia bertujuan untuk membantu pihak sekolah mendapatkan talian internet secara LAN dan WIFI di Pejabat, Bilik Guru, Makmal Komputer, Makmal Bahasa, Koperasi Sekolah dan Pusat Sumber. Selain itu juga, pasukan khidmat bantu ini telah membuat sebanyak hampir 100 kabel network untuk disambungkan dari faceplate ke komputer dan dari sisco switch ke switch. 3 point network telah dipasang di Makmal Bahasa, 1 Akses Point diletakkan di bilik Guru, 1 di Pusat Sumber dan 1 di Kopersi sekolah.Oleh itu, seluruh bahagian sekolah telah dilengkapi dengan kemudahan LAN dan WIFI yang memudahkan guru-guru dan murid sekolah mengakses internet dengan mudah. Pasukan ini juga telah mengemaskini wiring pada semua kompuetr di Makmal Komputer 2 yang sebelum ini dilakukan oleh pihak vendor supaya ianya kelihatan lebih kemas.

Majlis penutup khidmat bantu ini telah dirasmikan oleh KPP BTPN Melaka Tn. Hj. Amir bin Basar dan beliau amat berpuas hati dengan tugasan yang telah dilaksanakan oleh pasukan ini. 

Monday, 23 September 2013

Pemeriksaan Projek VDI Thin Client SK Kerubong

Pada Jumaat 19 September 2013 yang lalu, 2 orang Juruteknik Komputer Pusat Kegiatan Guru Cheng telah ke SK Kerubong untuk membuat pemeriksaan Projek VDI Thin Client selepas vendor mengesahkan kesemua komputer dapat beroperasi dengan baik. Oleh itu, Juruteknik Komputer telah mewujudkan Daftar Harta Modal dan membuat 'tagging' pada kesemua peralatan Projek itu. 

Tuesday, 27 August 2013

Kursus 1BestariNet Frog VLE

Jabatan Pelajaran Melaka telah menganjurkan Kursus Frog VLE untuk guru dan murid yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Cheng bermula semalam, 26 Ogos 2013 hingga 29 Ogos 2013. Seramai 24 orang guru dan 12 orang murid telah hadir untuk mencapai objektif kursus anjuran JPN ini. Jurulatih utama bengkel ini adalah En. Zaidi bin Jaafar, Ketua PKG Cheng. Guru-guru telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini berlangsung.

Kepada semua peserta Kursus 1BestariNet Frog VLE di PKG Cheng, sila penuhkan borang maklumat peribadi anda di sini.

Thursday, 18 April 2013

Khidmat Bantu Networking SMK Tun Hj Abdul Malek

Pada 22.3.2013 dan 9.4.2013 ( Jumaat ) lalu, Juruteknik Komputer PKG Cheng telah ke SMK Tun Hj. Abdul Malek untuk menyambung membuat khidmat bantu networking di sana. Sebanyak 5 point network telah dipasang dan telah dibuat uji lari. Sambungan RJ 45 pada switch juga telah dipasang semula. Sambungan kabel networking yang lama telah di pasang semula supaya kelihatan lebih kemas. Akibat daripada kekangan masa, networking di pejabat terpaksa ditangguh pada hari lain. Juruteknik komputer yang di tugaskan ke SMKTHAM juga menyambung membuat networking ini pada hari yang sepatutnya ditugaskan. Sedikit sebanyak ia membantu menjayakan khidmat bantu ini.

Wednesday, 20 March 2013

Apakah itu 1 BestariNet?

1 BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Antara komponen penting dalam perkhidmatan ini adalah:-
  • Capaian jalur lebar yang lebih tinggi.
  • Perkhidmatan hosting terurus.
  • Perkhidmatan keselamatan terurus.
  • Persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Enviroment - VLE )
  • Penyelenggaraan VLE
  • Pewujudan Programme Management Office - PMO

Monday, 18 March 2013

Khidmat Bantu Networking SMK Tun Haji Abdul Malek

15 Mac 2013 : Khidmat bantu networking telah dijalankan di SMK Tun Hj. Abdul Malek berikutan permohonan daripada pihak sekolah untuk menambah networking di Bilik GPK Hem, GPK KOKU, dan Bilik disiplin. Selain itu, turut ditambah adalah port networking di pejabat dan bilik peperiksaan. Khidmat bantu ditangguh sehingga 22 Mac 2013 ( Jumaat ) kerana kekurangan tenaga. Juruteknik yang terlibat adalah Noor 'Izzati binti Johari, Mohd Fadzli bin Kamarudin, Azharuddin bin Mohamed, Mohd. Izwani bin Ideris dan Suraya binti Mohamed.

Thursday, 7 March 2013

Taklimat iQ-PSS

6 Mac 2013, PKG Cheng telah mengadakan Taklimat iQ-PSS yang bertujuan untuk mengajar semua PTPO cara-cara mengisi Sistem Tarantula iQ-PSS. Seramai 19 PTPO telah hadir untuk mendengar taklimat ini. Fasilitator untuk taklimat tersebut adalah En. Zaidi bin Jaafar ( PKG Cheng ) dan En. Norizam bin Majid ( PKG Kampung Gelam ). 

Monday, 4 March 2013

Khidmat Bantu Networking SK Malim

Pada 26 Feb 2013 dan 27 Feb 2013, telah diadakan khidmat bantu rangkaian di salah sebuah sekolah ahli PKG cheng iaitu SK Malim. En. Zaidi bin Jaafar, Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Cheng telah hadir bersama Jururuteknik PKG Cheng, PKG Padang temu, PKG Bachang dan PKG Ayer Molek untuk melaksanakan khidmat bantu ini. Khidmat bantu dilakukan berikutan aduan dari Guru SK Malim yang mengatakan capaian internet di seluruh sekolah adalah kurang memuaskan. Ia adalah disebabkan oleh kedudukan ZOOM yang tidak sesuai. Oleh itu, pihak PKG Cheng telah mengambil inisiatif dengan membuat khidmat bantu dengan mengalihkan ZOOM di kawasan yang lebih terbuka ,meletakkan Aksess point di pejabat, membuat network di sebahagian komputer di pejabat dan meletakkan sebuah router ( WIFI ) di Perpustakaan. Oleh itu, capaian internet di SK Malim  kembali stabil.

Khidmat Bantu SK Bertam Hulu

Pada 30 Jan 2013, 31 Jan 2013 dan 1 Feb 2013 yang lalu, PKG Cheng telah mengadakan khidmat bantu rangkaian di SK Bertam Hulu. Pegawai dari PKG Cheng iaitu En. Zaidi bin Jaafar dan seramai 6 orang Juruteknik Komputer PKG Cheng telah hadir untuk melaksanakan khidmat bantu ini. Objektif sebenar khidmat bantu ini adalah mendapatkan talian internet secara Rangkaian Kawasan Setempat ( LAN ) di Pejabat dan Bilik BOSS, dan mendapatkan talian internet secara tanpa wayar ( wireless ) di Pusat Sumber dan Bilik Guru. Khidmat bantu ini dianggap berjaya kerana sekolah tidak lagi mengalami masalah internet di pejabat, Bilik BOSS, Bilik Guru dan Pusat Sumber. Pihak sekolah sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah diberikan daripada PKG Cheng.

Friday, 22 February 2013

Selamat Datang FT 17 ( Rintis ) Ke PKG Cheng

Warga PKG Cheng mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Juruteknik Komputer FT 17 ( Rintis ) yang ditempatkan di PKG Cheng. Semoga dengan adanya warga baru PKG Cheng akan dapat mempertingkatkan lagi kualiti kerja dan Pembestarian Sekolah ahli akan lebih mantap.
1. Mohd. Izwani bin Ideris
2. Mohd. Fadzli bin Kamaruddin
3. Azharuddin bin Mohamed
4. Abdul Aziz bin Mat Salleh
5. Suraya binti Mohamed